Isteri Hamil Parah Dibelasah Suami, Tengkorak Kepala Terpaksa Dibuang! – Manis Madu

Isteri Hamil Parah Dibelasah Suami, Tengkorak Kepala Terpaksa Dibuang!

Seorang kakitangan awam di Johor terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas dipercayai dibelasah suaminya dalam kejadian pada 4 Mei lalu.

 

Menurut laporan Kosmo!, mangsa yang berusia 43 tahun dan kini sedang hamil empat minggu dilaporkan mengalami kecederaan parah dengan tengkorak kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipercayai dipukul.

 

Adik mangsa dikenali sebagai Fazariah mendakwa, kakaknya yang berkahwin pada 7 September tahun lalu telah dimasukkan ke ICU HSA pada 4 Mei lalu selepas dihantar suaminya yang berusia 38 tahun.

 

“Saya terima panggilan daripada abang ipar sehari kemudian (5 Mei). Dia beritahu kakak dimasukkan ke hospital kerana cedera. Dia beritahu ada tolak sikit sebelum kakak terjatuh dan minta maaf,” katanya

 

Menurut wanita itu, tengkorak kepala kakaknya terpaksa dibuang bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk disebabkan berlakunya pendarahan pada otak.

 

“Doktor memaklumkan harapan kakak untuk pulih seperti sediakala adalah tipis,” katanya.

 

Susulan kejadian itu, Fazariah telah membuat laporan di Balai Polis Larkin di sini pada 6 Mei lalu.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut mengenai kes itu sedang dijalankan termasuk usaha mengesan suspek.

 

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

 

“Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan perkembangan m­ngenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,”

Post a Comment