Ibu Kandung Buang Dua Bayi Perempuan Dikesan Oleh JKM – Manis Madu

Ibu Kandung Buang Dua Bayi Perempuan Dikesan Oleh JKM

Isu pembuangan bayi semakin hari semakin berleluasa dan seolah tidak berhati perut. Baru-bru ini berlaku lagi satu kes pembuangan bayi yang melibatkan dua orang bayi perempuan yang ditinggalkan di hospital pada Januari dan Mac lalu.

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat sedang giat mengesan ibu kandung kepada dua orang bayi perempuan berkenaan. 

 

JKM Hulu Langat bagaimanapun memaklumkan bahawa orang awam telah menemui bayi pertama yang  ditinggalkan di Blok N Flat Dato Ahmad Razali, Ampang pada 3 Mac lalu sebelum dibawa ke Hospital Ampang.

 

Manakala bayi kedua pula difahamkan telah dilahirkan di dalam teksi pada 30 Januari lalu ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat perubatan swasta di Pandan Indah. 

 

Kedua bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Ampang selepas ibu kandugnya ditahan pihak polis atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu. 

 

Wanita terbabit yang dihantar ke Hospital Sungai Buloh kerana positif Covid-19 bagaimanapun telah disyaki melarikan diri.

 

Menurut laporan Harian Metro, bayi berkenaan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras melalui perintah mahkamah mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 31 Mac lalu.  

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ibu kandung bayi berkenaan diminta menghubungi pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat di talian 03-83738007 untuk tindakan lanjut.

Sumber Gambar: Harian Metro

Post a Comment