Bermula Dengan Sekadar Isi Masa Lapang, Kini Gadis Ini Sudah Dua Tahun Bergelar Rider! – Manis Madu
Farah Nur Syifa Bermula Dengan Sekadar Isi Masa Lapang, Kini Sudah Dua Tahun Bergelar Rider

Bermula Dengan Sekadar Isi Masa Lapang, Kini Gadis Ini Sudah Dua Tahun Bergelar Rider!

Siapa sangka, bermula dengan hanya sekadar mengisi masa lapang, akhirnya menjadi kerjaya yang sudah sebati dengan dirinya!

 

Farah Nur Syifa, 21, membuka cerita permulaan dia menceburkan kerjaya sebagai penghantar makanan (rider) sepenuh masa ketika sedang menuntut di sebuah kolej di Taiping pada tahun lalu, lapor portal mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fafa Panda 🐼🤍 (@fa.f.a.a)

Menurut gadis yang mesra disapa Fafa ini, dia kerap ulang alik ke kolej antara Ipoh dan Taiping dengan menaiki motosikal lalu tergerak untuk mengisi masa lapang dengan mencuba sebagai rider Foodpanda.

 

“Semasa saya menjalani latihan praktikal, saya mula bekerja sebagai rider sepenuh masa. Makin lama makin minat, lebih-lebih lagi bila rider ni antara yang diberi kebenaran untuk bergerak ketika PKP.

 

“Seronok juga bila dapat menjadi ‘barisan hadapan’ yang membantu orang ramai. Sedar-sedar dah lebih setahun jadi rider sepenuh masa,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fafa Panda 🐼🤍 (@fa.f.a.a)

Fafa juga mengakui dengan melakukan pekerjaan ini, secara tidak langsung dapat meringankan beban keluarga.

 

Tambah Fafa, pada awalnya dia pernah berdepan tentangan daripada ibu bapa ketika mula-mula menceburi pekerjaan sebagai rider, namun sedikit pun tidak melunturkan semangatnya.

 

Fafa juga tekad untuk membuktikan kepada kedua orang tuanya bahawa wanita juga mampu melakukan pekerjaan yang rata-rata didominasi kaum lelaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fafa Panda 🐼🤍 (@fa.f.a.a)

Lumrah sebagai seorang rider, Fafa juga tidak terkecuali daripada berdepan pelbagai cabaran ketika melaksanakan tugas.

 

“Cabaran utama tentunya cuaca. Lebih-lebih lagi kalau hujan. Memang agak berbahaya. Pernah je terjatuh motor…adatlah sebagai seorang rider.

 

“Tapi saya tak boleh lupa berdepan dengan ragam pelanggan yang cerewet. Ada sesetengah pelanggan nak pesanan cepat sampai…sedangkan mereka tak tahu, bila pesanan dibuat, rider kena tunggu giliran juga. Bukannya bila order, pesanan mereka terus dimasak,” tambah penuntut jurusan Terapi Estetik ini.

 

Meskipun kerjaya sebagai rider merupakan minat yang sudah sebati dalam diri, namun dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan berhasrat untuk meneruskan kerjaya ini selepas tamat pengajian kelak.

Post a Comment