Bertukar Jadi Zombi Gara-Gara Dadah, 5 Jenis Dadah Ini Paling Bahaya Di Dunia! – Manis Madu
Bertukar Jadi Zombi Gara-Gara Dadah, 5 Jenis Dadah Ini Paling Bahaya Di Dunia!

Bertukar Jadi Zombi Gara-Gara Dadah, 5 Jenis Dadah Ini Paling Bahaya Di Dunia!

“Dadah musuh nombor satu negara”. Terdahulu, slogan ini lazimnya menjadi tema pertandingan poster atau lukisan di sekolah. Anis ingat lagi, poster tema dadah mesti tak lari dengan gambar tengkorak, lilin dan jarum suntikan.

 

Sedar tak sedar, sudah hampir 40 tahun dadah menjadi musuh nombor satu negara dan masih kekal begitu. Namun, isu dadah ini masih wujud hingga ke hari ini! Terlalu banyak kes jenayah terjadi berpunca daripada dadah. Terlalu banyak.

 

Hari ini Anis nak kongsikan dengan Maduners 5 jenis dadah paling bahaya di dunia.

Bath Salts

Menurut laporan, dadah jenis Bath Salts ini sangat bahaya kerana boleh membuatkan penagihnya seolah-olah menjadi zombi! Kesan pengambilanya adalah tingkah laku psikiatrik yang luar biasa, mengalami gangguan mental (psikosis), suhu badan meningkat serta berkemungkinan untuk mengalami serangan jantung!

Jika diterjemahkan ke bahasa Malaysia, Bath Salt bermaksud garam mandian dan bunyinya tak berbahaya langsung! Namun, dadah jenis ini bukanlah garam yang dimasukkan ke dalam tab mandi tetapi diberi nama sempena ia dijual secara dalam talian menggunakan nama samara ‘bath salts’ supaya tidak diketahui pihak berkuasa. Licik kan?

Crystal Meth

Crystal Meth atau Methamphetamine merupakan antara dadah paling berbahaya dan merosakkan atas muka bumi! Dadah ini juga adalah antara yang mencetuskan masalah paling besar dan berat di negara kita Malaysia.

Crystal-meth-worth-over-Bt370m-seized-but-smugglers-escape-1080x721 (1)

Bahan terlarang ini dicipta tiga tahun selepas heroin iaitu sekitar tahun 1887 dan digunakan secara meluas ketika Perang Dunia Kedua bertujuan membuatkan tentera-tentera sentiasa peka dan sedar atau dalam kata lain mereka sentiasa berjaga. Dipercayai, dadah jenis ini juga diberikan kepada juruterbang Jepun sebelum melakukan Kamikaze.

 

Methamphetamine atau dikenali sebagai ais, syabu, batu, dan lain-lain adalah antara dadah paling terkenal di seluruh dunia yang telah dipopularkan melalui siri televisyen “Breaking Bad” dan telah diharamkan pada tahun 1970.

 

Dadah ini jika diambil berterusan boleh menyebabkan psikosi, kerosakan serius pada otak, kerosakan saluran darah, penyusutan otot badan, perubahan pada penampilan fizika dan juga menyebabkan kematian.

Krokodil

Untuk pengetahuan Maduners, dadah jenis ini pernah menyebabkan lebih daripada 1 juta penduduk Rusia ketagihan! Antara faktor utama Krokodil menjadi pilihan adalah kerana mudah didapati dan harganya yang murah berbanding Heroin.

 

Nama Krokodil diambil berdasarkan kesan daripada pengambilannya iaitu kulit penagihnya akan menjadi hijau pucat, bertompok hitam dan menjadi keras seperti kulit buaya. “Dadah Zombi” merupakan nama lain yang diberikan kepada dadah ini kerana memakan daging dalam tubuh seseorang apabila disuntik. Bukan itu sahaja, Krokodil turut memakan segala tisu-tisu, tulang dan gigi!

 

Krokodil ini juga dianggap lebih bahaya kepada penggunanya kerana diperbuat daripada bahan-bahan seperti ubat tahan sakit, iodin, cecair pencucuh, thinner dan asid hidroklorik. Ada juga kes tangan dan kaki penagih terpaksa dipotong disebabkan Krokodil!

Heroin

Tak syak lagi, Heroin memang antara dadah paling terkenal di Malaysia. Untuk pengetahuan Maduners, Heroin merupakan antara dadah tertua di dunia, dicipta sekitar tahun 1874.

drug-syringe-cooked-heroin-spoon-33196668 (1)

Tujuan utama Heroin dihasilkan adalah untuk membantu masalah kronik dan trauma fizikal. Namun, dadah ini telah diharamkan pada tahun 1971 kerana penyalahgunaan.

 

Kesan negatif daripada penggunaan Heroin, penggunanya boleh mengalami masalah keradangan gusi, melemahkan otot, insomnia dan melemahkan sistem pertahanan badan. Lebih parah, Heroin juga mampu menekan otak yang mengawal jantung dan paru-paru yang boleh menyebabkan koma dan kematian.

Whoonga

Whoonga atau nyaope adalah dadah yang dicampur dengan alat pencuci atau racun tikus atau darah ARV (antiretroviral).  Kebaikan dadah Whoonga ini adalah mampu merawat pesakit HIV manakala keburukannya pula boleh menyebabkan ketagihan.

Dadah ini menjadi terkenal kerana harganya yang tersangatlah murah di Afrika Selatan. Kesan dadah Whoonga ini ialah pendarahan dalaman, ulser pada perut dan juga kematian.

 

Terlalu banyak kesan negatif dariapada pengambilan dadah secara tidak terkawal. Sayangi dan lindungi diri korang serta ahli keluarga daripada terlibat dengan najis dadah!

Post a Comment