Wanita Kongsi Pengalaman Peribadi Pengebumian Orang Cina, Sekarang Baru Faham Ada Tata Tertibnya Sendiri! – Manis Madu
Wanita Kongsi Pengalaman Peribadi Pengebumian Orang Cina, Sekarang Baru Faham Ada Tata Tertibnya Sendiri!

Wanita Kongsi Pengalaman Peribadi Pengebumian Orang Cina, Sekarang Baru Faham Ada Tata Tertibnya Sendiri!

Pemergian individu penting dalam kehidupan bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya jika individu tersebut memberikan impak besar dalam kehidupan kita. 

 

Namun hati terpaksa merelakan pemergian dimana berlangsungnya upacara pengebumian jenazah.

 

Setiap agama mempunyai upacara pengebumian mereka sendiri yang mana sudah tentu tata tertibnya berbeza mengikut agama. 

 

Baru-baru ini Syaz terlihat seorang individu di media sosial dengan panggilan Christine Cheah berkongsi pengalaman peribadinya dalam melakukan upacara pengebumian bagi orang Cina. 

 

Perkongsian tersebut bermula dengan Christine berkongsi kisah peribadi yang mana ibunya merupakan ibu tunggal dan tidak mempunyai kediaman rasmi yang mana upacara pengebumian mendiang diadakan di rumah pengebumian yang disewa selama 3 hari.

 

Christine juga menambah bahawa semasa ibunya meninggal, mendiang masih tinggal bersama adiknya, tetapi Christine masih memilih untuk melakukan upacara di rumah pengebumian kerana mak saudaranya mempunyai penyewa di rumah tersebut yang mana tidak sesuai melakukan upacara pengebumian.

 

Membaca thread daripada Christine, baru tersedar Syaz sebenarnya kurang tahu lagi bagaimana jenazah masyarakat Cina diuruskan. 

 

Bagi menulis artikel ini Syaz cuba bersembang dengan rakan sekerja yang berbangsa Cina untuk tahu bagaimana proses dan tata tertibnya.

21713_50034 (1)

Permulaan Untuk Satu Pengakhiran

Bermulanya dengan sebuah kematian seseorang yang berbangsa Cina, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ahli keluarga si mati adalah membersihkan dan memandikan mayat tersebut terlebih dahulu.

 

Mengikut perkongsian rakan sekerja, akan ada pakar yang akan membantu menyiapkan mayat dari permulaan membersihkan, kemudian disolek cantik dan dipakaikan pakaian yang cantik kegemaran si mati. 

 

Mayat kemudiannya dimasukkan ke dalam keranda kayu yang diukir cantik bersama dengan barang yang dikatakan berkait rapat dengan si mati (barang kesukaan si mati) yang boleh jadi pelbagai benda.

Dua Pilihan

Terdapat dua pilihan bagi menguruskan mendiang masyarakat Cina, sama ada ingin dibakar atau dikuburkan mayat tersebut.

 

Bagi mayat yang dibakar selalunya ahli keluarga mempunyai keputusan bagi abu jenazah, sama ada disimpan dalam balang istimewa dan ditempatkan di rumah atau ditaburkan sesebuah lokasi.

 

Bagi mayat yang ingin dikuburkan, kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana melibatkan kepercayaan terhadap Fengshui yang penting dalam kalangan masyarakat Cina.

 

Bagi fengshui ini, ianya berbeza bagi setiap individu yang mana sesetengah lokasi mungkin tidak sesuai kepada si A tetapi mungkin sesuai kepada si B. 

Pantang Larang

22816_50034 (1)

Dalam kalangan masyarakat Cina, jika ada ahli keluarga yang meninggal dunia terdapat pantang larang yang harus diikuti. 

 

Menurut rakan sekerja Syaz, antara beberapa pantang larangnya adalah 

  • Tidak boleh menggunting rambut selama 100 hari bermula pada hari tarikh pemergian si mendiang. 
  • Tidak dibenarkan kahwin selama 3 tahun.
  • Tidak boleh memakai baju yang terang seperti warna merah selama 3 tahun.

 

Itu antara tiga pantang larang daripada beberapa lagi pantang larang yang ada, namun menurut rakan sekerja Syaz, kebanyakan pantang larang kini dimudahkan mengikut arus peredaran zaman seperti tidak dibenarkan kahwin dalam tempoh 3 tahun dimudah hanya kepada 1 tahun mengikut individu. 

 

Tambahan dari rakan sekerja, pantang larang bukan sahaja berbeza mengikut individu tetapi juga mengikut etnik seperti Hokkien, Hakka, Cantonese.

30357_50034 (1)

Maklumat yang Syaz kongsi ini adalah berdasarkan daripada beberapa info yang telah Syaz mudahkan, sebenarnya ada banyak lagi tata tertib yang sangat teliti semasa pengebumian masyarakat Cina. 

 

Untuk Maduners yang memang berminat ingin tahu lebih maklumat mengenai perkara ini Syaz cadangkan untuk baca artikel daripada Dignity Memorial yang menerangkan dengan lebih maklumat mengenai hal ini.

Post a Comment