“Bila Bulan Mengambang, Engkau Semua Akan Mati.” Beranikah Anda Untuk Menonton Filem Roh? – Manis Madu
Roh

“Bila Bulan Mengambang, Engkau Semua Akan Mati.” Beranikah Anda Untuk Menonton Filem Roh?

Nak keluar tapi dalam masa yang sama tak tahu nak buat apa? Jom beranikan diri tengok Roh di TGV Cinemas!

Roh

“Bila bulan mengambang, engkau semua akan mati.” Berdegup kencang jantung bila dengar ayat ini.

 

Madu sengaja cabar Maduners semua untuk tonton filem Roh ini, sebab Madu baru tengok trailer pun dah seram sejuk. Anda semua berani ke?

Roh, filem karya Emir Ezwan merupakan tentang seorang ibu yang meletakkan anak-anaknya dalam bahaya apabila dia membawa pulang seorang gadis liar dari hutan.

 

Setelah mengalami pelbagai kekacauan dalam kehidupan seharian, akhirnya mereka sedar bahawa gadis kecil itu bukanlah manusia seperti yang disangkakan.

Roh, filem karya Emir Ezwan

Lakonan mantap Farah Ahmad, Mhia Farhana dan lain-lain lagi membuat Madu rasa rugi kalau tak tengok sendiri di panggung wayang!

 

Sudah semestinya, filem Roh ini bukanlah seperti filem seram biasa yang lain, namun ia merupakan filem seram yang penuh misteri dan drama.

Roh_Character Poster

Bukan apalah, tapi semua dah sedia maklum yang dalam panggung wayang pun kena amalkan penjarakan sosial, kan? Confirm lagi teruk rasa seram apabila seat sebelah kosong!

Jadi, tunggu apa lagi? Kalau berani, ajaklah rakan-rakan untuk tengok Roh sama-sama bermula 6 Ogos 2020!

Post a Comment