Elon Musk Beli Twitter, Berpuluh Ribu Pengguna Nyahaktif Akaun – Manis Madu
Elon Musk Beli Twitter, Berpuluh Ribu Pengguna Nyahaktif Akaun

Elon Musk Beli Twitter, Berpuluh Ribu Pengguna Nyahaktif Akaun

Berpuluh-puluh ribu pengguna terutamanya di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menyahaktif akaun mereka, sejak berita mengenai bilionair Elon Musk membeli Twitter tersebar, lapor akhbar Metro UK.

 

Perkara itu disedari oleh pengguna laman Twitter terutamanya individu berprofil tinggi dan ahli politik. Mereka menyaksikan penurunan mendadak dalam bilangan pengikut masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elon Musk (@elonrmuskk)

Twitter mengesahkan bahawa penyahaktifan akaun secara besar-besaran itu dilakukan oleh pengguna sebenar (manusia) dan bukannya bot atau program automasi. 

 

Pada Selasa lalu, Twitter berkata, kadar turun naik dalam bilangan penggunanya berlaku disebabkan oleh penutupan akaun. Berdasarkan akaun yang kehilangan pengikut, nampaknya pengguna berhaluan kiri memilih untuk keluar daripada platform itu.

 

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang memiliki pengikut paling ramai di Twitter telah kehilangan lebih 300,000 pengikut, manakala Alexandria Ocasio-Cortez hilang lebih 11,000 pengikutnya sejak berita pemilikan Twitter oleh Musk diketahui umum.

 

Sebaliknya, ahli politik berhaluan kanan seperti anggota Kongres Parti Republikan, Marjorie Taylor Greene mencatat peningkatan bilangan pengikut hampir 100,000 pada akaun rasminya dalam tempoh hanya 24 jam.

 

Greene merupakan penyokong bekas Presiden AS, Donald Trump. Trump disekat secara kekal daripada Twitter kerana menyebarkan maklumat salah mengenai Covid-19. 

 

Reaksi itu tidak terhad hanya di AS dengan pemimpin berhaluan kanan seperti Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mencatat kira-kira 90,000 pengikut baharu.

 

Bukan sahaja ahli politik, malah penghibur berhaluan kiri seperti Katy Perry dan Taylor Swift masing-masing kehilangan lebih 200,000 dan 100,000 pengikut.

Post a Comment