Niat Nak ‘Enjoy’ Pemandangan, Tak Sangka Orang Ramai Salah Faham Nak Bunuh Diri – Manis Madu
Niat Nak ‘Enjoy’ Pemandangan, Tak Sangka Orang Ramai Salah Faham Nak Bunuh Diri

Niat Nak ‘Enjoy’ Pemandangan, Tak Sangka Orang Ramai Salah Faham Nak Bunuh Diri

Tular di laman TikTok satu perkongsian video tentang seorang lelaki yang mengundang salah faham orang ramai gara-gara tindakannya.

 

Menerusi video berkenaan, pemuda itu awalnya cuma berniat untuk menikmati pemandangan di atas sebuah bangunan yang tinggi.

@sapimonyanyooo Balas kepada @izzuddiinqassam Cerita sini habis ini 🚶🏻💨 #fypシ #sekganuhadir ♬ Funny Song – Cavendish Music

Namun, tanpa disangka tindakannya itu mengundang salah faham orang ramai yang berada di kawasan tersebut yang rata-rata menyangka dia mahu membunuh diri.

 

Jika dilihat kedudukan lelaki itu yang berdiri di pinggir bangunan, tidak hairanlah jika orang ramai berfikir sedemikian kerana memang nampak membahayakan!

 

“Nak tahu tak, aku ambik video je tau pastu ada orang penuh dekat bawah. Kepoh ohh, ramai tengok aku,” ujar lelaki itu.

 

Kejadian itu bukan sekadar kecoh di tempat kejadian sahaja, rupanya turut tersebar di media sosial. Siap ada gambar dengan mengatakan ada cubaan bunuh diri!

 

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan video berkenaan.

 

“Ni bukan setakat jawatan kuasa, sekali dengan jiran pun kena scam,” komen salah seorang netizen.

 

“Tak baik buat dorang macam ni bang, dorang tunggu tu baik abang gi naik balik,” komen seorang netizen.

Post a Comment