Fête de la Musique: Kenali Instrumen Tradisional Malaysia – Manis Madu
Fête de la Musique: Kenali Instrumen Tradisional Malaysia

Fête de la Musique: Kenali Instrumen Tradisional Malaysia

Maduners sendiri sebagai rakyat Malaysia arif tak tentang pengetahuan alat muzik tradisional yang ada di negara kita?

 

Tahu tak sebenarnya Malaysia kaya dengan kepebagaian jenis alat muzik tradisional? Mungkin ada yang tidak tahu berkenaan tentang alat muzik tradisional di Malaysia.

 

Jadi kali ini, bersempena dengan Hari Muzik Sedunia yang disambut pada setiap 21 Jun setiap tahun, Madu nak kongsi dengan semua tentang alat muzik tradisional di Malaysia.

1. Sompoton

sompoton

Sompoton juga ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan ‘khene’ sejenis organ mulut yang terdapat di Negara Laos.

 

Ia diperbuat daripada labu air yang dikeringkan. Labu tersebut akan ditebuk untuk dibuat lubang. Lapan batang buluh kecil yang disusun dalam dua lapisan akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut.

2. Tetawak

Tetawak

Sumber Gambar: heritage.asean.org

Tetawak merupakan sejenis gong yang biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu.

 

Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring dan menghasilkan bunyi seperti ‘chak, dong, peng’.

 

Fungsinya sebagai mengiringi permainan teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang kulit Kelantan, Menora dan Main Puteri.

3. Bungkau

Bungkau

Sumber Gambar: Facebook

Ketika musim menuai padi, bungkau dimainkan ketika berada di kawasan padi beramai-ramai. Alat muzik Bungkau ini bersaiz mengikut kesesuaian kepada pemuzik.

 

Apabila bungkau tidak digunakan, ia akan disimpan di dalam bekas tiub buluh yang kecil bagi mengelakkan kerosakan yang sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.

4. Sape

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cyan Chew (@cyan.chew) on

Disebut sampe’ ataupun sambe’, sebuah alat muzik yang berasal dari kaum Orang Ulu terutama Kaum Kenyah dan Kayan dan diperbuat daripada kayu jokuvang.

 

Permukaan Sape kebiasaannya didapati ukiran bermotif Orang Ulu di Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.

5. Cak Lempong

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Minang Lamo (@minanglamo) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Beatsholic Busker (@beatsholicbusker) on

Cak Lempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan yang berasal dari Minangkabau atau Sumatera Barat, Indonesia.

 

Kumpulan Cak Lempong telah dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut fungsi.

 

Bahagian ‘Gereteh” yang memainkan melodi, manakala ‘Tingkah’ dan ‘Saua’ akan memainkan ritma secara berhomofoni sebagai unsur pelengkap kepada irama sesebuah lagu tersebut.

 

Kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia nak memartabatkan alat muzik kita, siapa lagi yang nak buat? Jadi, Madu nak ucapkan Fête de la Musique kepada semua.

Post a Comment