Isetan 1 Utama Bakal Ditutup, Netizen Sedih Imbas Kenangan 10 Tahun Lalu! – Manis Madu
Isetan 1 Utama Bakal Ditutup, Netizen Sedih Imbas Kenangan 10 Tahun Lalu!

Isetan 1 Utama Bakal Ditutup, Netizen Sedih Imbas Kenangan 10 Tahun Lalu!

Gedung membeli belah terkemuka, Isetan baru-baru ini mengumumkan bakal menghentikan operasi di pusat membeli belah 1 Utama.

 

Pengumuman itu telah dibuat menerusi satu hantaran kenyataan rasmi yang di muat naik di akaun Facebook Isetan.

“Ini bukanlah ucapan selamat tinggal, kami berharap dapat bertemu anda di gedung lain,” tulis kenyataan tersebut.

 

Susulan itu, syarikat itu bakal melancarkan Final Sale pada hari ini di restoran Eat Paradise yang tersedia dalam Isetan dengan harga yang berbaloi buat para pengunjung.

 

“Mohon teruskan kunjungan anda di gedung lain yang terletak di Suria KLCC, The Gardens Mall, The Japan Store Lot 10,” tambah kenyataan itu lagi.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berasa sedih dengan pengumuman itu dan mengimbau semula kenangan mereka di gedung tersebut.

 

“Terima kasih kerana menjadi rumah kami sehingga sekarang,” komen seorang netizen.

 

“Tidaaaak… satu-satunya tempat saya pergi untuk beli kasut, lepas ni nak pergi mana lagi kalau nak cari kasut,” tulis seorang pengguna Facebook.

Post a Comment