Hancur Diet! Menu Guna Cornflakes Gerenti Terliur! – Manis Madu
Hancur Diet! Menu Guna Cornflakes Gerenti Terliur

Hancur Diet! Menu Guna Cornflakes Gerenti Terliur!

Tengah fikir resipi apa nak cuba minggu ini ke tu? Jangan risau Manis Madu tidak akan menghampakan Maduners.

 

Sebelum ini Miera dah pernah kongsi siri satu, dua dan tiga resipi menggunakan cornflakes, kalau nak tahu resipi yang dikongsi, klik saja pautan!

 

Jadi minggu ini Miera rasa macam nak kongsikan resipi berasaskan cornflakes tapi versi makanan yang berat sikit. Jom kita tengok siri keempat resipi berasaskan cornflakes!

#Ayam Crispy Cornflakes

Ayam-Crispy-Cornflakes

Ayam adalah salah satu makanan yang menjadi kegilaan ramai, tak kesahlah ayam goreng ke, ayam sup ke atau apa-apa jenis ayam sekali pun. 

 

Sampaikan ada sesetengah orang itu dia boleh makan ayam sahaja sepanjang hari.

 

Untuk resipi cornflakes kita yang pertama hari ini ialah ayam crispy cornflakes

 

Bahan-bahan yang Maduners perlukan ialah :

  • 200 gm ayam
  • 100 gm tepung gandum
  • 100 gm cornflakes ( dihancurkan kasar)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ cawan air

 

Cara penyediaannya:

 

  • Pertama sekali korang kena basuh ayam bersih-bersih dan potongkan dalam bentuk yang kecil.
  • Kemudian gunakan bekas yang besar untuk bancuh ayam yang dah dibasuh tadi dengan tepung gandum. Korang boleh masukkan serbuk cili sedikit untuk rasa pedas-pedas.
  • Jangan lupa tambahkan gula dan garam ikut citarasa masing-masing sebelum golekkan ayam tadi ke dalam cornflakes yang dah dihancur kasar. 
  • Sementara itu Maduners bolehlah panaskan kuali terlebih dahulu. Bila dah siap disalut semuanya goreng ayam itu sehingga garing. 

 

Selalunya orang akan guna serbuk roti atau nachos tapi kali ini kita buat kelainan sedikit dengan menggunakan cornflakes.

 

Ayam crispy cornflakes dah siap untuk dihidang! Korang boleh makan dengan nasi juga! Maklumlah tekak orang Malaysia! 

 

Kalau nak makan macam itu sahaja pun tak ada masalah.

#Golden Cornflakes Corndog

Untuk resipi yang kedua ini pula Miera akan kongsikan resepi cornflakes corndog yang hanya menggunakan roti. Memang sangat mudah, cepat dan sedap!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Sosej
  • Roti
  • Mozarella cheese
  • Tepung gandum
  • Air
  • Lidi

 

Cara penyediaannya:

 

  • Penyekkan nipis-nipis roti satu persatu ikut berapa banyak yang korang nak makan. Sebab kenapa kena penyekkan roti supaya bila goring nanti dia tak meresap minyak terlalu banyak. 
  • Rebus sosej yang korang sediakan tadi kemudian toskan dia sekejap sebelum dicucuk guna lidi.
  • Untuk mozzarella cheese tu korang boleh pilih nak guna yang keping atau shredded. Kalau jenis keping korang boleh cucukkan sekali di atas sosej. Kiranya separuh sosej separuh cheese lah gitu.
  • Dah selesai cucuk sosej dan cheese Maduners boleh balutkan roti tadi bersama sosej dan cheese.
  • Langkah seterusnya bancuhkan tepung dengan air. Pastikan bancuhan tepung itu tidak terlalu cair ya, sebab nanti nak bagi lekat cornflakes susah pula.
  • Sapu bancuhan tadi pada keliling roti dan golekkan atas cornflakes yang dihancurkan kasar tadi.
  • Frozenkan sekejap dalam 1 ke 2 jam baru goreng.

 

Part yang paling menarik bila korang makan cheese dia  pun tertarik sekali. Cubalah buat mesti satu family suka.

#Poket Wrap Ayam Carik Cornflakes

Poket Wrap Ayam Carik Cornflakes

Ini tengok gambar pun dah nampak sedap!

 

Untuk resipi ini Maduners memerlukan :

  • Roti wrap/ roti poket
  • Isi ayam
  • 1 mangkuk cornflakes
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang kecik
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perisa

 

Cara membuatnya :

  • Mula-mula rebus isi ayam dan carikkan menjadi kepingan kasar. Sementara itu Maduners boleh panaskan roti wraps yang nak digunakan.
  • Untuk intinya, tumiskan bawang dan masukkan cili kisar  ke dalam kuali.
  • Bila dah nampak pecah minyak sikit korang boleh masukkan isi ayam pula dan gaul sehingga sebati.
  • Sebelum masukkan cornflakes korang tambah lah garam dan perisa yang lain supaya cukup rasa semuanya kemudian baru masukkan cornflakes.
  • Langkah seterusnya korang perlu membalut roti wraping! Masa nak balut roti itu korang boleh letakkan sayur-sayuran apa yang korang suka dan kalau nak lagi sedap tambahkan mayonis, cili sos dan macam-macam lagi.

 

Kalau dah makan sekali mesti nak lagi. Tak percaya? Korang pergilah try!

 

Selamat mencuba!

Sumber Gambar: Cookpad, Eina Angel

Post a Comment