Kempen Boikot Kembali Disebar, McDonald’s Malaysia Lapor Polis! – Manis Madu
McD

Kempen Boikot Kembali Disebar, McDonald’s Malaysia Lapor Polis!

Jika isu pergolakan di Palestin bangkit dan kembali mendapat perhatian dunia, kita akan dapat lihat mula timbul kempen boikot ke atas produk atau jenama yang berkaitan dengan negara Israel.

 

Restoran makanan segera McDonald’s antara jenama yang paling terkenal dikaitkan dengan Israel dan seringkali menjadi mangsa salah faham dengan penyebaran maklumat tidak tepat. Walaupun sudah beberapa kenyataan dikeluarkan namun masih ada individu atau kumpulan yang terus-terusan mempromosikan kempen boikot terhadap McDonald’s.

 

Rentetan daripada perkara berkenaan, pihak McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan mengakui menyedari kewujudan mesej tular yang memboikot jenama mereka, lapor portal mStar.

 

“McDonald’s Malaysia sedar akan kewujudan mesej WhatsApp yang tular berkenaan pemboikotan jenama kami.

 

“Pihak McDonald’s Malaysia ingin menjelaskan bahawa pemboikotan ini adalah tidak berasas dan kenyataan tentang jenama kami menyalurkan bantuan kepada pihak Israel adalah suatu pembohongan dan fitnah,” ujar kenyataan berkenaan.

 

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar, McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) telah diambil alih oleh syarikat Reza Group dari Arab Saudi bersama seorang rakan niaga tempatan sejak tahun 2017 yang mana ekuiti syarikat itu dimiliki oleh mereka yang beragama Islam.

 

“Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami ingin menegaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak menyumbang, menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara sekalipun,” ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, pihak McDonald’s Malaysia telah membuat laporan polis terhadap individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang membuat dakwaan palsu dan menyebarkan mesej tidak berasas melalui platform media sosial.

Post a Comment