Pelajar Mengaku Hampir Dirogol Tapi Guru Tutup Mulut Demi Jaga Nama Baik Sekolah – Manis Madu
Pelajar Mengaku Hampir Dirogol Tapi Guru Tutup Mulut Demi Jaga Nama Baik Sekolah

Pelajar Mengaku Hampir Dirogol Tapi Guru Tutup Mulut Demi Jaga Nama Baik Sekolah

Melalui akaun Instagram @savetheschoolsmy, satu cerita yang dikongsi membuatkan para pembaca menahan marah dengan kejadian yang menimpa seorang pelajar sekolah.

 

Difahamkan, seorang pelajar perempuan hampir dirogol ketika berada di sekolah. Namun, nama sekolah terbabit tidak didedahkan.

Di hari kejadian, pelajar tersebut datang awal ke sekolah dan mendapati tiada sesiapa kerana masih awal pagi. Secara tiba-tiba, seorang lelaki dengan memakai kain pelikat menutup mulutnya dari belakang dan cuba mengheretnya ke lantai.

 

“Sumpah dia cuba rogol saya! Saya menangis dan ketika itu juga terdengar bunyi tapak kaki seseorang yang menyebabkan dia lepaskan saya,” ujar pelajar berkenaan.

 

Dia melaporkan perkara itu kepada guru dan mereka berkata akan menjalankan siasatan namun apa yang berlaku seterusnya ternyata mengecewakan.

 

“Ketika perhimpunan pagi, pihak sekolah memutuskan untuk menyebut isu berkenaan tetapi daripada fokus mencari pelakunya, mereka mula menyalahkan saya kerana datang sekolah terlalu awal.

 

“Mereka juga siap sebut nama saya di perhimpunan pagi itu. Ini semua kerana nak menjaga reputasi sekolah kerana ia akan melibatkan pihak polis dan si pelaku katanya salah seorang top student,” katanya.

 

Meninjau ke ruangan komen, seperti yang disebut di awal tadi ramai netizen geram dan menahan marah dengan apa yang berlaku. Kebanyakannya menyifatkan perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku hanya kerana mahu ‘menjaga nama baik’ sekolah.

Post a Comment