Kitajagakita.co Disalahguna, Warganet Kecam Individu Minta Bantuan Mengarut!
Laman web kitajaga.co yang dibuat oleh orang awam disalahgunakan oleh beberapa individu yang menggunakan platform tersebut dengan meminta perkara yang tidak sepatutnya tular di laman Twitter sejak semalam, lapor Kosmo!
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik pengguna @pedoqpop memaparkan dua individu seolah-olah mempersendakan golongan yang meminta bantuan dari platform tersebut dengan meminta barangan yang tidak masuk akal.
— Megat 🏴 (@pedoqpop) July 11, 2021
Malahan, dalam tangkap layar tersebut menyatakan bahawa seorang individu meminta iPhone 12 Pro Max manakala seorang lagi meminta durian Musang King.
Lantaran hal itu, rata-rata pengguna laman Twitter mengecam tindakan individu terbabit yang tidak matang dan beranggapan perkara sebegitu tidak kelakar.
Malaysia boleh jadi bangsa elok jika kita sedar ini tak kelakar. https://t.co/CzkzSdVK0x
— Zulfadzli 🇲🇾🏴 (@bumilangit) July 11, 2021
Sehubungan dengan itu, pengasas aplikasi kitajagakita.co juga memberi maklum balas tentang situasi berkenaan dengan menyarankan beberapa cara jika terdapat ‘scammer’ di aplikasi berkenaan.
Kalau ada jumpa scammer on kitajaga apa anda perlu buat?
✅ masuk group telegram kami https://t.co/ljD0u6fszF
✅ hantar report beserta screenshot serta ID dlm group
✅ admin kami akan removeKami akan perbaik proses ini pada minggu hadapan.
— Reza Razali (@rezarazali) July 10, 2021
“Kalau ada jumpa scammer on kitajaga apa anda perlu buat? Masuk group telegram kami, hantar report berserta screenshot serta ID dalam group, admin kami akan remove.
“Kami akan perbaiki proses ini pada minggu hadapan,” ciapnya di laman Twitter.
Bila dah sediakan platform terbaik untuk memudahkan urusan meminta bantuan, wujud pula manusia tidak bertanggungjawab seperti ini!