Lucu Tapi Bermakna, Graduan Terima Sebiji Nanas Di Hari Konvokesyen – Manis Madu
Graduan Terima Sebiji Nanas Di Hari Konvokesyen

Lucu Tapi Bermakna, Graduan Terima Sebiji Nanas Di Hari Konvokesyen

Majlis Konvokesyen merupakan hari yang bersejarah bagi graduan kerana dapat menyarung jubah konvokesyen yang ditunggu-tunggu selama ini.

 

Pastinya perasaan semasa dapat menyarung jubah konvokesyen sangat bahagia dan macam-macam persiapan yang dibuat sebelum hari graduasi. Tapi apalah ertinya hari graduasi tanpa kehadiran ibu dan ayah.

 

Nur Shima Sahimi, 24 yang merupakan graduan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini terkejut apabila mendapat sebiji nanas semasa hari konvokesyennya dari ibu tercinta sebagai pengganti sejambak bunga.

Pemberian hadiah dari ibunya yang berbentuk sebiji nanas itu pastinya memberi kenangan yang manis buat Shima.

 

Menurut laporan Mstar Shima yang kini bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta berasa gembira walaupun agak lucu dengan pemberian ibunya kerana ia dianggap sesuatu yang istimewa kerana berbeza dengan hadiah yang diterimanya dari orang lain.

 

Buah nanas itu pada asalnya dibeli oleh ibu Nur Shima untuk diberikan kepada kakaknya sebagai bahan masakan. Tetapi kakaknya sudah pun memasak menu yang lain.

 

Disebabkan tidak mahu membazir, ibu Shima bertindak untuk memberikan nanas tersebut kepadanya semasa majlis konvokesyen dia pada Isnin lalu.

 

Sementara itu, Nur Shima memberi tahu bahawa pemberian nanas itu istimewa kerana masih dapat rasa pengalaman meraikan konvokesyen walaupun dalam situasi pandemik Covid-19.

 

Menurut Shima, walaupun majlis diadakan ringkas dan secara janji temu, ia memberi kemudahan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana tidak perlu menunggu lama.

 

Disebabkan penularan wabak Covid-19, USIM terpaksa menangguhkan pelaksanaan majlis konvokesyen yang sepatutnya berlangsung pada bulan November 2020.

 

Majlis Konvokesyen USIM dilaksanakan bermula 6 April sehingga 18 April di mana majlis tersebut melibatkan 23 sidang secara keseluruhannya.

 

Majlis dilaksanakan secara janji temu dan bilangan ahli keluarga yang dibenarkan masuk ke dalam dewan dikecilkan sebagai langkah mencegah penyebaran wabak Covid-19.

Post a Comment