Makanan Paling Pelik Di Dunia! Ada Yang Sampai Boleh Ragut Nyawa?
Makanan Paling Pelik Di Dunia

Makanan Paling Pelik Di Dunia! Ada Yang Sampai Boleh Ragut Nyawa?

Sebut pasal makanan mesti Maduners membayangkan makanan yang sedap dan Maduners dapat menikmati makanan itu dengan penuh berselera.

 

Tapi pernah tak Maduners bayangkan wujud makan pelik bahkan dijadikan makanan kegemaran di sesetengah negara? Diri kita mungkin anggap makanan itu tak menyelerakan tapi pada sesetengah negara, boleh jadi khazanah negara juga!

#1 Casu Marzu (Itali)

Casu Mazu adalah makanan tradisi di Itali yang dimakan ketika sambutan misalnya perayaan, perkahwinan atau keramaian. Casu Marzu diperbuat daripada susu kambing biri-biri tetapi apa yang membezakannya dengan cheese yang lain adalah ia perlu dimakan dengan ulat hidup. Euwww, ulat hidup?!

Untuk pengetahuan Maduners, Casu Marzu yang dikenali sebagai “The Most Dangerous Cheese In The World” ini telah diharamkan oleh European Safety Food Authority kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan meragut nyawa.

 

Bahaya betul, macam takut pula!

#2 Telur 1000 Tahun (China)

telur-1000-tahun-pitan

Sumber Gambar: review.bukalapak.com

Telur 1000 tahun ini bukanlah telur yang berusia 1000 tahun tapi ia adalah telur yang telah disaluti dengan tanah liat, lumpur dan garam dan diperam selama beberapa bulan sehingga putih dan kuning telur itu bertukar menjadi hitam dan kehijauan. Bau tak payah cerita, memang bau yang kurang menyenangkan, busuk!

 

Maduners dekat rumah kalau terkena telur busuk memang azabkan bau dia? Boleh bayang tak telur yang diperam selama beberapa bulan ini bau dia macam mana? Memang tak sanggup nak makan!

 

Tapi untuk pengetahuan Maduners, makanan ini merupakan antara makanan yang istimewa di China.

#3 Balut (Filipina)

Makanan yang satu ini pula, bukan sahaja pelik dan seram tapi kejam juga! Balut adalah telur itik yang disenyawakan separuh jalan. Anak itik yang masih lagi dalam fasa embryo itu direbus hidup-hidup dan dimakan bersama garam atau sos pencicah.

what-does-balut-taste-like

Sumber Gambar: www.ricebowlasia.com

Menurut mereka, tulang pada anak itik tersebut memberi rasa rangup ketika dimakan. Hmm, Maduners sanggup ke makan?

#4 Sup Telur Putih (Laos)

Dengar pasal sup, Anis membayangkan betapa sedapnya sup-sup yang dijual di kedai tomyam depan rumah! Tapi sup yang satu ini bukan sembarangan sup.

 

Sup telur putih adalah sup yang diperbuat daripada telur semut!

sup_telur_semut_putih

Sumber Gambar: parenting.orami.co.id

Sup semut atau namanya Gaeng Kai Mong Daeng katanya enak dimakan dan rasanya seakan rasa udang dan dihidangkan juga dengan campuran anak-anak semut untuk menaikkan rasa masam. Onz ke tak?

#5 Shirako (Jepun)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kahoo_jp (@kahoo_jp)

Shirako merupakan makanan yang terkenal dengan nama “kanak-kanak putih”. Alamak, takkan orang-orang Jepun makan budak putih pula?

 

Tak, shirako ini sebenarnya adalah kantung sperma ikan. Contoh macam ikan kod, ikan buntal dan lain-lain.

Bentuk dia tak ubah macam segumpal otak yang kecil dan rasanya seakan-akan kastard yang manis.

 

Kalau Maduners tanya Anis, memang tak sanggup nak makan tapi setuju tak kalau Anis cakap, kita sepatutnya hormat saja citarasa orang lain.

 

Citarasa manusia berbeza-beza, mungkin pelik dan jijik bagi kita tapi sedap dan nikmat bagi mereka. Yang penting makanan itu tak mudaratkan kesihatan dan keselamatan tubuh badan.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment