Mayat Bayi Perempuan Mereput Dalam Kotak Plastik – Manis Madu
Mayat Bayi Perempuan Mereput Dalam Kotak Plastik Ditemui!

Mayat Bayi Perempuan Mereput Dalam Kotak Plastik

Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah kotak plastik yang diletakkan di belakang sebuah premis perniagaan di Jalan Kluang, dekat sini, lapor HMetro.

 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, polis menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat bayi berkenaan pada 6.40 petang.

 

“Siasatan awal mendapati, bayi perempuan berkenaan dipercayai ditinggalkan lebih daripada 24 jam berdasarkan keadaan tubuh badan yang sudah mula mereput.

 

“Polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar premis perniagaan berdekatan tempat kejadian yang menunjukkan seorang lelaki meletakkan kotak berkenaan pada 27 April lalu,” katanya dalam kenyataan.

 

Menurut beliau, mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat.

 

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363300

Sumber Gambar: Jessie Ooi

Post a Comment