Nekad Jual Kediaman Idaman Kerana ‘Sakit Mata’ Lihat Jiran Di Bilik Mandi – Manis Madu
Nekad Jual Kediaman Idaman Kerana ‘Sakit Mata’ Lihat Jiran Di Bilik Mandi

Nekad Jual Kediaman Idaman Kerana ‘Sakit Mata’ Lihat Jiran Di Bilik Mandi

Pernah tak Maduners rasa terlalu marah dan sangat tidak selesa di rumah sendiri kerana tiada privasi seperti diingini dan rasa nak jual rumah! Jangan terkejut, perkara ini betul-betul berlaku.

 

Seorang pemilik rumah terlalu marah dan kecewa kerana terpaksa berpindah daripada kediaman impiannya gara-gara dapat melihat jirannya di bilik mandi, lapor Dailystar.

Pauline Boyd membeli sebuah kediaman mewah di Rossburn Lane, Blair Drummond bersama suaminya untuk menikmati kehidupan yang tenang dan privasi.

 

Namun setelah berpindah, Pauline mendapati terdapat sebuah rumah didirikan di laman bersebelahan rumahnya yang mana dapat dilihat secara langsung dari dapur dan ruang tamu mereka.

 

Disebabkan rasa tidak puas hati, Boyd membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan kerana gagal memaklumkan rekaan kediaman dan perancangan di kawasan perumahan tersebut kepadanya sebelum itu.

 

“Keluarga kami boleh melihat secara terus jiran di bilik mandi mereka ketika sedang menikmati makanan walaupun tingkap ditutup.

 

“Ia menyebabkan tekanan kepada kami dan memberi impak kepada kehidupan. Kami mungkin boleh menutup ruangan tersebut tapi enggan melakukannya,” kata Boyd.

 

Disebabkan marah dan kecewa, Boyd bersama keluarganya dikatakan merancang untuk berpindah daripada kediaman berkenaan.

Post a Comment