Niat Awal Nak Racun Suami Tapi Akhirnya Mertua Jadi Mangsa, 3 Ekor Kucing Turut Kena Tempias! – Manis Madu
Niat Awal Nak Racun Suami Tapi Akhirnya Mertua Jadi Mangsa

Niat Awal Nak Racun Suami Tapi Akhirnya Mertua Jadi Mangsa, 3 Ekor Kucing Turut Kena Tempias!

Situasi amarah boleh mendorong seseorang individu bertindak luar kawalan dan hilang pertimbangan. Ketika itu, apa sahaja berpotensi dilakukan asalkan individu tersebut mendapat kepuasan.

 

Itulah yang terjadi terhadap seorang wanita bernama Dewi Asmara yang telah nekad membunuh ibu mertuanya sendiri!

 

Walau bagaimanapun, wanita berusia 45 tahun itu mengakui pada awalnya dia berniat untuk meracuni suaminya namun telah bertindak meletakkan racun haiwan perosak ke dalam lauk ikan pindang salai yang dihidangnya khusus buat ibu mertua.

Menurut laporan Tribunnews, selain warga emas berusia 61 tahun tersebut, 3 ekor kucing juga ditemukan dalam keadaan mulut berbuih selepas makan sisa lauk beracun berkenaan.

 

Kejadian yang berlaku di Wilayah Sumatera Selatan ini dikatakan berpunca apabila Dewi sudah tidak tahan kerana sering dimarahi oleh ibu mertuanya.

 

Dewi Asmara dilaporkan boleh dikenakan hukuman mati atau paling ringan dikenakan hukuman 20 tahun penjara akibat jenayah ini.

Sumber Featured Image: tribunnews.com

Post a Comment