Penduduk Negara Jiran Datang Menumpang, 5 Negara Paling Banyak Terima Pelarian Di Dunia! – Manis Madu
Penduduk Negara Jiran Datang Menumpang, 5 Negara Paling Banyak Terima Pelarian Di Dunia!

Penduduk Negara Jiran Datang Menumpang, 5 Negara Paling Banyak Terima Pelarian Di Dunia!

Secara umumnya, pelarian ialah seseorang yang dipaksa untuk merentasi sempadan antarabangsa dan tidak dapat pulang ke negara atau petempatan asal. Orang tersebut mungkin dirujuk sebagai pencari suaka sehingga mendapat status sebagai pelarian. 

 

Maduners tahu tak, sebuah hari khas telah diwujudkan oleh pihak PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) untuk meningkatkan kesedaran kepada golongan pelarian, dikenali sebagai Hari Pelarian Sedunia pada 20 Jun setiap tahun.

julie-ricard-MX0erXb3Mms-unsplash (1)

Sedekad yang lalu, populasi pelarian global telah meningkat dua kali ganda dan mencecah lebih daripada 26 juta pelarian! Dalam kebanyakan kes, para pelarian tidak dapat ke Eropah atau Amerika Utara malah sebaliknya berlindung di negara jiran.

 

Oleh sebab itu, negara-negara ini akan berdepan krisis mereka sendiri apabila terpaksa menerima pelarian. Hari ini Madu akan kongsikan negara-negara yang menerima pelarian paling banyak di dunia.

TURKI

emre-PjjMG6VyHs4-unsplash (1)

Lebih 3.65 juta pelarian telah ditempatkan di Turki termasuk lebih kurang 3.64 juta rakyat Syria. Selebihnya sebahagian besar berasal dari Iraq atau Afghanistan. Kerajaan Turki menyambut baik kedatangan rakyat Syria ke negara mereka dan membenarkan mereka tinggal dalam komuniti tuan rumah dan bukannya seperti pelarian yang ditempatkan di kem-kem pelarian.

PAKISTAN

abuzar-xheikh-5yweA-6T3nA-unsplash (1)

Populasi pelarian Pakistan pula mencecah seramai 1,438,955 orang dan hampir keseluruhannya dari Afghanistan (1,438,432). Kebanyakannya telah tinggal dalam komuniti tuan rumah selama beberapa dekad, yang bermula ketika melarikan diri dari Perang Soviet-Afghan.

 

Pakistan mengalami peningkatan jumlah pelarian Afghanistan secara mendadak pada tahun 2001 dan ramai yang menetap di wilayah Balochistan. Sifat perpindahan yang berlarutan ini bermakna semakin banyak keluarga pelarian telah hidup dalam keadaan hidup yang terjejas selama beberapa generasi. 

 

Perubahan iklim dan baru-baru ini, Covid-19 telah merumitkan lagi situasi mereka kerana wilayah pantai Balochistan terdedah kepada banjir dan penutupan sempadan berkaitan pandemik telah menjejaskan komuniti dan ekonomi di Pakistan dan Afghanistan.

UGANDA

Seiring dengan bertambahnya populasi pelarian, pembuat dasar dii Uganda telah membentuk dan merangka semula dasar berkenaan menyediakan tempat perlindungan yang selamat dan selesa.

 

Pada tahun 2018, Uganda berjaya mengatasi Sudan sebagai komuniti tuan rumah terbesar bagi pelarian Sudan Selatan, dengan lebih 887,000 di negara itu. Uganda juga merupakan tuan rumah utama bagi pelarian dari DRC (414,407) dan mempunyai populasi besar pelarian Burundi, Somalia dan Rwanda.

JERMAN

Jerman merupakan satu-satunya negara berpendapatan tinggi daripada 12 buah negara yang menerima paling ramai pelarian. Negara ini juga adalah satu-satunya negara yang tidak berjiran dengan negara yang memiliki jumlah pelarian yang tinggi. Lebih 605,000 pelarian Syria, 147,000 pelarian Afghanistan, dan 146,000 pelarian Iraq kini ditempatkan di negara itu.

BANGLADESH

fire-devastation-rohingya (1)

Patutlah penduduk di Bangladesh makin padat! Laporan menunjukkan hampir ke semua 866,000 pelarian daripada Rohingya kini tinggal di Bangladesh tanpa kerakyatan dan mula mendapatkan suaka secara beramai-ramai pada tahun 2017 selepas keganasan terjadi di Rakhine State Myanmar.

 

Situasi ini telah menjadikan bandar Cox’s Bazar di Bangladesh sebagai rumah kepada kem pelarian terbesar di dunia.

 

Bangladesh juga telah dilanda perubahan iklim yang teruk terutamanya musim tengkujuh. Risiko ini semakin tinggi dalam kalangan komuniti pelarian yang tinggal di kawasan perumahan tidak formal yang musnah gara-gara banjir dan kebakaran.

 

Penularan wabak Covid-19 juga menjadi kebimbangan utama sehingga agensi PBB serta lebih 130 organisasi tempatan, nasional dan antarabangsa telah menyokong kerajaan Bangladesh menyesuaikan diri dengan peningkatan kapasiti ini. Keselamatan kekal menjadi kebimbangan utama bagi warga Rohingya yang tinggal di Cox’s Bazar, lebih-lebih lagi selepa Covid-19.

 

Kehadiran pelarian ke negara-negara jiran bukan disengajakan. Kebanyakannya mereka sudah buntu mencari tempat perlindungan yang selamat untuk kelangsungan hidup diri dan keluarga di negara sendiri maka, terpaksa lari mendapatkan perlindungan di negara lain.

Post a Comment