Pengguna Digi Mengamuk, Sudah Beberapa Hari Tak Boleh Akses Data! – Manis Madu
Pengguna Digi Mengamuk, Sudah Beberapa Hari Tak Boleh Akses Data

Pengguna Digi Mengamuk, Sudah Beberapa Hari Tak Boleh Akses Data!

Kecoh di media sosial beberapa hari ini apabila sejumlah pengguna Digi dilihat menghadapi masalah menggunakan perkhidmatan telekomunikasi termasuk mengakses data.

 

Warganet mula meluahkan rasa tidak puas hati apabila perkhidmatan telekomunikasi itu dikatakan tidak berfungsi selama beberapa hari.

Selain itu, terdapat aduan lain mengenai cas tambahan yang dikenakan meskipun ketika perkhidmatan itu mengalami masalah.

 

Susulan itu, membuat balasan di media sosial, Digi mengatakan kerja penyelenggaraan masih sedang dijalankan dan proses pemulihan akan dilakukan secepat mungkin. Setakat ini, masih belum diketahui berapa ramai yang terkesan akibat masalah ini.

Sebelum ini, Digi telah melakukan kerja naiktaraf sistem, namun, Digi menjadualkan perkara berkenaan sehingga awal pagi 26 Oktober 2021 sahaja.

 

Alamak, kalau internet bermasalah sekarang memang kusut! Harapnya isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

Post a Comment