Protes George Floyd: Miss Universe Malaysia 2017 Bersikap Rasis? – Manis Madu
Protes George Floyd- Bekas Miss Universe Malaysia Lantang Bersuara Perihal Isu Perkauman

Protes George Floyd: Miss Universe Malaysia 2017 Bersikap Rasis?

Samantha Katie James telah menimbulkan kekecohan apabila beliau mendedahkan pandangan tentang isu perkauman yang sedang hangat di seluruh Amerika Syarikat.

Samantha Kayty Miss Universe Malaysia 2017

Sumber Gambar: Facebook

Bekas pemenang Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James telah menimbulkan kekecohan apabila beliau bersuara tentang isu perkauman yang sedang hangat di seluruh Amerika Syarikat menggunakan platform Instagram milik dirinya.

 

Lebih-lebih lagi apabila dia merupakan individu yang memegang anugerah Miss Universe Malaysia 2017, ia telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Samantha.

Protes George Floyd: Miss Universe Malaysia 2017 Bersikap Rasis

Penyataan Samantha bahawa “whites (have) won” merupakan titik permulaan kemarahan yang menimbul masyarakat di seluruh negara termasuk Malaysia.

 

Samantha menjelaskan bahawa penyataan dikeluarkan kerana masyarakat kelihatan terlalu emosi dalam menentang golongan yang rasis.

Protes George Floyd: Miss Universe Malaysia 2017 Bersikap Rasis

Samantha juga telah menyatakan orang ramai hanya “busy body” dalam perihal isu perkauman yang sedang berleluasa di Amerika Syarikat. Semestinya ia akan menimbulkan kemarahan kepada pembaca kerana seperti yang kita tahu, masyarakat sedang meningkatkan kesedaran, dan bukanlah busy body semata-mata.

 

Madu rasa penggunaan label negatif kepada masyarakat merupakan sesuatu yang patut dielakkan, lagi-lagi apabila kita seseorang yang terkenal.

Protes George Floyd: Miss Universe Malaysia 2017 Bersikap Rasis

Samantha turut menasihatkan supaya orang berkulit gelap di Amerika untuk bertenang. Ia seakan-akan mempermainkan mereka seperti tiada isu yang serius telah berlaku. Maduners sendiri boleh lihat pada Insta-story yang telah dikemaskini oleh beliau.

 

Selain itu, antara penyataan yang Samantha telah sebut berkenaan world hunger dan kemiskinan juga memang tidak dinafikan memang sedang terjadi, tetapi untuk dicampur-adukkan dengan hal perkauman sangat tidak sesuai buat masa sekarang.

Protes George Floyd: Miss Universe Malaysia 2017 Bersikap Rasis

Madu rasa tidak salah untuk sesiapa pun bersuara tentang isu perkauman yang sedang trending sekarang tetapi eloklah jika semua orang lebih berhati-hati dengan cara penyampaian mesej yang dilakukan.

 

Isu perkauman bukanlah sesuatu benda yang boleh diguraukan. Fikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang pandangan. Dalam media sosial ini, semua orang boleh akses dan baca perkara yang kita siarkan, kita perlu berhati-hati supaya tiada salah faham berlaku.

Post a Comment