Seolah-olah Menghina Golongan B40! Netizen Mengamuk Astro Keluarkan Rancangan Realiti The House
Untuk pengetahuan Maduners, Astro telah mengeluarkan program realiti The House musim keenam dan kali ini mereka menampilkan golongan sosialit ‘A-list’ iaitu Ezurin Khyra dan keluarga kerabatnya.
View this post on Instagram
Namun belum sempat ianya disiarkan, ramai netizen mengamuk kerana plot rancangan realiti ini seolah-olah menghina golongan B40 setelah melihat trailer yang viral di Twitter.
Video viral yang telah dimuat naik oleh Astro Awani (@501Awani) telah pun dipadam, jadi Madu kongsikan trailer daripada Youtube. ~Sama-sama!~
Ini dia antara komen-komen hangat daripada netizen tentang program ini:
Tak perlu pun ada program mcm ni. Mocking org kampung. Konon high and mighty try rasa hidup seperti golongan B40. Pengajaran apa dapat ntah. Tak nak tunjuk ke kubur T20 mcm mana rupanya. Kot la lain.
— Mak Long (@ZeedaZiz) October 21, 2020
Yes, quite inappropriate in these trying times. Many are going through hardships, please be more sensitive. IMO.
— #ynwa (@mkow22) October 22, 2020
Okay finally found the origin of the tweet, and if u go run thru The House Ezurin. Sumpah ramai siot pengikut dia🤬🤬🤬 omggg uncultured T20 ppl are the worst. Living in your own bubble, dasar itik. Belambak masih support dia and loving her lavish life???? Whaaaat https://t.co/1kM5KRaPtp
— 💜 Liyana Does Art 💜 (@LiyanaRizzle) October 23, 2020
Imagine a world without waste of space and resources like ezurin khyra, want to make a spectacle of regular life tapi diri sendiri takdak guna or contribute pon kat negara ni setakat goyang kaki obersea dan bersosial. Sumpah humanity is wasted on these people
— FullofHafiy (@HafiyZaiful) October 21, 2020
Can’t believe this is Malaysia. Punya banyak cerita macam ni, tapi yang dipilih untuk disuapkan kepada rakyat adalah cerita The House Ezurin Khyra https://t.co/Rj4AJgBk9V
— リサ (@lisadiangkasa) October 21, 2020
Astro dikatakan tidak sensitif apabila menyiarkan rancangan realiti yang merendahkan orang yang sedang berada dalam keadaan susah pada waktu-waktu krisis ini.
Lebih-lebih lagi apabila membuat ‘challenge’ dengan meletakkan golongan T20 di sebuah rumah kampung tanpa televisyen dan Wifi, di Hulu Langat.
Tidak cukup dengan Twitter, terdapat juga netizen yang mengeluarkan komen ‘pedas’ di Youtube.
Ouch! Sakit betul komen-komen netizen ini. Di waktu PKPB ini, ramai orang dibuang kerja ditambah pula dengan krisis kewangan yang semakin teruk, memang tidak peliklah sesetengah netizen mengamuk.
Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah followers Princess Ezurin mengatakan bahawa dia adalah seorang kerabat yang humble. Betul ke?
Ezurin Khyra is trending on twitter today lol. Just because of the show? 😂
My line of job requires me to know this golongan, and what can I say? Saw the family physically and followed her on ig. She’s the most humble kerabat I’ve known. Soft spoken, happy and friendly.
— Prior 🇲🇾 (@nurathirahj) October 21, 2020
I have followed Ezurin Khyra on Instagram for so long, I’m used to seeing her antics and cool persona. Ni ramai yg tak kenal dia and baru nak watch her reality show.. mesti tersedak 😆
— driz (@bekalmom) October 21, 2020
Ada juga yang mengatakan mereka seolah-olah ‘the next Kardashian Malaysia’! Kalau Maduners nak tahu, Pricess Ezurin ini pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan dan sering mengembara ke seluruh dunia.
Tidak cukup dengan itu, rakan-rakan Ezurin Khyra kebanyakan terdiri daripada pereka fesyen terkemuka dan selebriti bertaraf dunia seperti Kim Kardashian! Wah, next level sangat!
Jom kita tengok jap kehidupan elit keluarga ini.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Jadi berbalik kepada hal tadi…siapa patut dipersalahkan? Ezurin atau Astro? Apa pendapat Maduners?
~Stay Safe Maduners!~