Warganet Puji ‘Style’ Cikgu Ferdy Ajar Pendidikan Seks Pada Murid-Murid Kecil – Manis Madu
Warganet Puji ‘Style’ Cikgu Ferdy Ajar Pendidikan Seks Pada Murid-Murid Kecil

Warganet Puji ‘Style’ Cikgu Ferdy Ajar Pendidikan Seks Pada Murid-Murid Kecil

Pendidikan seks dalam kalangan pelajar tidak boleh dianggap taboo memandangkan pendedahan seperti ini akan membantu mereka kelak.

 

Pendidikan ini bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran yang ‘tidak senonoh’ tetapi topik-topik yang lebih menyeluruh.

 

Baru-baru ini, satu perkongsian video oleh seorang guru di laman Facebook menarik perhatian warganet dengan kaedah yang digunakannya untuk mengajar anak-anak muridnya.

 

Dalam video berdurasi 3:16 itu, guru berkenaan difahamkan sedang mengajar topik sentuhan tidak selamat pada tubuh badan.

Guru yang dikenali sebagai Cikgu Ferdy itu dilihat bersungguh-sungguh menyampaikan pengajaran kepada anak-anak muridnya dengan cara yang cukup menghiburkan.

 

Sambil Cikgu Ferdy mengajar, dapat didengar selang seli gelak ketawa anak-anak muridnya yang terhibur dengan pembelajaran tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, warganet membanjiri hantaran berkenaan dengan pujian atas usaha guru itu yang mana menjadikan topik yang agak sensitif itu lebih ringan dan mudah difahami.

 

Video tersebut juga sudah mencapai 1 juta tontonan di Facebook.

Post a Comment