Staf Tak Amanah Jalankan Tugas, Pihak J&T Buka Parcel Pelanggan? – Manis Madu
Staf Tak Amanah Jalankan Tugas, Pihak J&T Buka Parcel Pelanggan

Staf Tak Amanah Jalankan Tugas, Pihak J&T Buka Parcel Pelanggan?

Perkhidmatan kurier J&T sebelum ini sudah beberapa kali tular dengan pelbagai isu. Kurangkan komisen pekerja, pekerja mengamuk dan baling barang pelanggan antara isu panas berkaitan J&T sebelum ini.

 

Baru-baru ini timbul semula isu yang menyebabkan pelanggan marah dan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

 

Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter, dia meluahkan rasa kecewa kerana barang yang dihantar rosak meskipun telah menggunakan ‘bubble wrap’ yang tebal.

Dia juga tidak berpuas hati kerana kecuaian pihak J&T menyebabkan dia perlu mengganti semula barang rosak yang dihantar kepada pelanggan.

 

Gadis tersebut juga turut berkongsi pengalaman yang terjadi terhadap rakannya yang terpaksa berhadapan dengan nasib yang lebih kurang sama.

 

Difahamkan rakannya yang menjual produk makanan mendapati balang produk tersebut seperti sudah dibuka dan isi didalamnya tinggal separuh!

J&T Buka Parcel Pelanggan 01

“Aku bukan apa, kau sabar jap tengok member aku mengadu pasal produk dia habis kena buka staf J&T makan. Of course la kerja orang yang buat, tak kan la monyet pula yang makan.”

 

Susulan perkongsian berkenaan, terdapat ramai pengguna lain turut berkongi luahan yang sama.

 

Kebanyakkan daripada mereka tampil meluahkan perkara ini di media sosial kerana aduan yang dibuat kepada pihak kurier berkenaan tidak mendapat sebarang maklum balas sama sekali.

J&T Buka Parcel Pelanggan 02

Sakit hati kan bila tengok perkara macam ini? Diharap pihak J&T dapat menjelaskan perkara ini serta meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

Post a Comment