Tak Dirancang! Ahli Parlimen New Zealand Berbasikal Ke Hospital Ketika Alami Kontraksi Nak Beranak! – Manis Madu
Tak Dirancang! Ahli Parlimen New Zealand Berbasikal Ke Hospital Ketika Alami Kontraksi Nak Beranak!

Tak Dirancang! Ahli Parlimen New Zealand Berbasikal Ke Hospital Ketika Alami Kontraksi Nak Beranak!

Seorang ahli parlimen New Zealand menjadi tajuk berita antarabangsa selepas dia berbasikal ke hospital untuk melahirkan bayi, pada Ahad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Julie Anne Genter (@julieannegenter)

Menerusi catatan di media sosialnya, Julie Anne Genter menunggang basikalnya pada awal pagi Ahad dan menuju ke hospital ketika dia mula mengalami sakit hendak bersalin.

 

Genter tiba di hospital dengan selamat dan melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat, sejam kemudian.

 

Genter yang merupakan penyokong sukan berbasikal membuat satu perkongsian di laman Instagram bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk berbasikal ketika mahu melahirkan bayi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Julie Anne Genter (@julieannegenter)

Jelas ahli parlimen berusia 41 tahun itu, insiden berbasikal tersebut berlaku secara spontan dan tidak dirancang.

 

Genter memberitahu bahawa kontraksinya ‘tidak begitu teruk’ pada peringkat awal.

 

Bagaimanapun, kontraksi semakin kuat apabila dia tiba di hospital kira-kira 10 minit kemudian.

 

“Pada pukul 3.04 pagi, kami mengalu-alukan ahli keluarga terbaru. Saya benar-benar tidak merancang untuk berbasikal semasa bersalin, tetapi ia akhirnya berlaku,” tulisnya dalam hantaran itu.

Post a Comment