Tukar Lampin 24 Kali, Bancuh 1.5 Gelen Susu Setiap Hari Pasangan Kongsi Cabaran Urus Anak Kembar Empat – Manis Madu
Tukar Lampin 24 Kali, Bancuh 1.5 Gele

Tukar Lampin 24 Kali, Bancuh 1.5 Gelen Susu Setiap Hari Pasangan Kongsi Cabaran Urus Anak Kembar Empat

Seorang wanita yang melahirkan anak kembar empat seiras di Amerika Syarikat (AS) tampil menceritakan mengenai pengalaman dilaluinya dalam membesarkan anak-anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jenny Marr (@themarrthemerrier)

Menurut laporan portal The Sun, Jenny Marr dari Texas dan suaminya, Chris turut berkongsi rutin penjagaan anak-anak, termasuk menukar lampin sebanyak 24 kali sehari dan membelanjakan kira-kira AS$300 (RM1,267) seminggu untuk barangan keperluan mereka.

 

Jenny melahirkan kembar empat seiras yang dikenali sebagai Hudson, Harrison, Henry dan Hardy pada 15 Mac tahun 2020 ketika AS menjalani perintah berkurung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jenny Marr (@themarrthemerrier)

Pasangan ibu bapa itu melalui masa sukar seperti perlu menukar lampin yang banyak dan kerap pergi ke kedai untuk membeli barangan keperluan selama hampir dua tahun.

 

Namun, Jenny dan Chris sentiasa bersyukur dengan kelahiran anak kembar mereka yang disifatkan sebagai ‘satu keajaiban’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jenny Marr (@themarrthemerrier)

“Kehidupan sudah berubah sepenuhnya bagi saya dan Chris setelah mempunyai empat anak. Kami membancuh kira-kira 1.5 gelen susu setiap hari untuk mereka.

 

“Saya juga cuba memasak untuk keluarga namun kadangkala saya terlalu letih sehingga memanaskan makanan siap dimasak untuk kami berdua makan,” katanya.

 

Jelas Jenny, mereka berdua bersedia menjadi ibu bapa selepas berhenti menggunakan kontraseptif pada Mac 2019.     

 

Katanya, selepas enam bulan, dia dimaklumkan mengandung dan laporan ultrasound awal menunjukkan hanya hamil kembar tiga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jenny Marr (@themarrthemerrier)

“Selepas bertemu dengan doktor pakar pada minggu berikutnya, barulah saya mengetahui sedang mengandung kembar empat seiras,” kata Jenny.

Post a Comment