Terpengaruh Dengan Cabaran Di Sosial Media, Gadis Ini Terpaksa Bertarung Nyawa! – Manis Madu
Terpengaruh Dengan Cabaran Di Sosial Media, Gadis Ini Terpaksa Bertarung Nyawa

Terpengaruh Dengan Cabaran Di Sosial Media, Gadis Ini Terpaksa Bertarung Nyawa!

Seiring perkembangan teknologi, kita dapat menyaksikan pelbagai aplikasi mula wujud bagi memenuhi keperluan manusia untuk berhibur. 

 

Sekali lagi trend TikTok menjadi nahas kepada remaja zaman sekarang yang mana sebelum ini seorang remaja Pakistan terbunuh kerana tertembak dirinya ketika melakukan video Tiktok

 

Seperti kisah remaja perempuan ini yang terpengaruh dengan cabaran di aplikasi TikTok dan telah menyebabkan remaja perempuan berkenaan bertarung nyawa kerana melecur.

 

Destini Crane, 13, dari Oregon parah selepas beberapa bahagian badannya disambar api!

Destini Crane, 13, dari Oregon

Menurut laporan ahli keluarganya, remaja itu berkemungkinan tidak dapat menggunakan lengannya.

 

Destini dikatakan membawa lilin, pemetik api dan alkohol ke dalam bilik air untuk melukis imej pada cermin. Dia kemudian menyalakan api namun tindakan itu menyebabkan dia disambar api dari alkohol terbakar.

Destini Crane, 13, dari Oregon parah selepas beberapa bahagian badannya disambar api

Ibunya, Kimberly mendengar cerita itu bergegas masuk dan mendapati api menyambar alkohol.

 

Remaja itu dikejarkan ke hospital dan masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sehingga kini.

 

Kimberly berkata kepada ABC News, ketika kejadian, dia sedang berbual bersama ibunya sebelum mendengar Destini menjerit.

 

“Ketika masuk ke dalam bilik air, api marak, manakala Destini terperangkap dalam kebakaran itu.

 

Dia berkata, dia berjaya menarik anaknya keluar sementara jiran menghubungi ambulans.

 

Destini melecur pada leher dan lengan kanannya dan perlu menjalani tiga pembedahan kulit.

Sumber Gambar: ABC News

Post a Comment