Tragedi Escalator, Ibu Terduduk Lihat Jari Anak Hancur! – Manis Madu
Tragedi Escalator, Ibu Terduduk Lihat Jari Anak Hancur!

Tragedi Escalator, Ibu Terduduk Lihat Jari Anak Hancur!

Keselamatan adalah perkara yang wajib diutamakan jika bersama dengan anak kecil. Tidak kiralah apa juga situasi dan di mana juga tempatnya, keselamatan seharusnya menjadi keutamaan.

 

Tular satu video di laman Facebook, jari seorang kanak-kanak perempuan didakwa telah hancur gara-gara tersepit di escalator sebuah pusat membeli belah.

Dalam video berkenaan, kedengaran tangisan kuat kanak-kanak tersebut menanggung sakit sedang ayahnya serta beberapa orang individu cuba mengeluarkan tangannya yang tersepit.

 

Si ayah terus beredar dari situ setelah tangan anaknya berjaya dikeluarkan manakala ibu kanak-kanak itu kelihatan menjerit dan terduduk dengan nasib yang menimpa anaknya.

 

Walau bagaimanapun, kejadian yang sempat dirakam seorang pengunjung pusat membeli belah itu tidak didedahkan lokasinya.

Post a Comment