Tular Wanita Makan Guna Kuku Panjang, Netizen Kembang Tekak! – Manis Madu
Tular Wanita Makan Guna Kuku Panjang, Netizen Kembang Tekak!

Tular Wanita Makan Guna Kuku Panjang, Netizen Kembang Tekak!

Baru-baru ini, seorang wanita dipercayai berasal dari negara jiran, Indonesia telah tular di laman sosial TikTok gara-gara memiliki kuku yang sangat panjang.

 

Menerusi video yang dimuat naik, wanita berkenaan menunjukkan dirinya sedang membasuh tangan sebelum menunjukkan cara makan menggunakan kukunya yang panjang itu.

Susulan perkongsian tersebut, banyak persoalan yang timbul daripada netizen mengenai perkara itu dan rata-rata mengatakan dia hanya membasuh tapak tangan sahaja sedangkan dia makan menggunakan kuku.

 

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut memuat naik beberapa video menunjukkan dirinya melakukan aktiviti harian dengan berkuku panjang termasuklah memasak, memandu kereta dan sebagainya. Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan dirinya menjadi tarikan ramai termasuk mengundang kecaman warganet.

 

Tidak hairan jika setiap video yang dimuat naik wanita itu akan menerima jumlah tontonan yang tinggi dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui geli melihat gelagat wanita berkenaan.

 

“Sapa nak diet boleh makan sebelah dia. Auto tak lalu makan. Hahaha,”

 

“Masa nak berak tak tahu lah macam mana nak cuci,”

 

“Orang makan pakai jari, tak sangka awak pakai kuku,”

 

Untuk pengetahuan Maduners, video berkenaan sudah mendapat 31.4 juta tontonan, 542.1k serta 51.1k komen di laman TikTok.

Post a Comment