Wow, Macam Magik! Modal RM10 Untuk Jernihkan Lampu Kereta Yang Kabur – Manis Madu
Wow, Macam Magik! Modal RM10 Untuk Jernihkan Lampu Kereta Yang Kabur

Wow, Macam Magik! Modal RM10 Untuk Jernihkan Lampu Kereta Yang Kabur

Lampu kereta yang bertukar kuning, kusam dan kabur menjadi satu masalah yang tidak dapat dielakkan oleh mana-mana pengguna kereta. Sakit mata ye bila tengok lampu kereta begitu, auto nampak macam kereta antik!

 

Maduners tahu tak, dengan hanya berbekalkan RM10 sahaja, masalah lampu kusam ini boleh settle sekelip mata. Ya, dengan modal semurah itu kereta korang seolah-olah ‘nafas baru’. Gitcheww!

 

Menurut perkongsian @tangsiewsiang di laman TikTok, dia ada menunjukkan cara-cara untuk menjernihkan lampu kereta yang sudah kabur.

Apa yang korang perlukan hanya 3 bahan!

  • Kertas pasir C100
  • Clear spray
  • Selotape

 

Caranya:

  1. Basahkan permukaan lampu dengan air terlebih dahulu dan gosok menggunakan kertas pasir C100.
  2. Selepas semua kotoran sudah bersih, bilas semula dengan air dan keringkan permukaan lampu.
  3. Lekatkan sellotape di sekeliling lampu sebelum menyembur clear spray pada bahagian lampu. Lihat perbezaannya!

 

Dengan hanya RM10 dan beberapa langkah mudah, lampu yang dulu kekuningan, kusam dan kabur dah menjadi jernih semula. Wow, macam magic! Selamat mencuba Maduners.

Post a Comment